Thursday, 2 February 2012

Kekuatan Hati :))


Dalam kehidupan kita yang singkat ini, semakin kita mampu memahami kehendak naluri hati diri sendiri semakin kita mampu memahami apa yang boleh kita berikan kepada orang lain. Ini kerana kehidupan kita bukan semata-mata untuk menyenangkan hati diri sendiri sebaliknya kena tahu dan faham apa yang perlu dilakukan agar dapat menyenangkan hati orang disekeliling kita dan pada masa yang sama masih teguh berlandaskan syariatNya :))

Jangan dek kerana kata-kata orang, kita tidak mampu berdiri di atas keupayaan sendiri dan menurut sahaja kehendak orang semata-mata ingin menjaga hati orang lain sedangkan hati kita sendiri memberontak ingin melarikan diri. 

Menjadi diri sendiri adalah lebih susah daripada menjadi orang yang dibentuk berdasarkan pandangan & pendirian orang lain. Setiap orang mempunyai kekuatan hati yang berbeza-beza. Haruslah diri sendir kenal & pasti dengan hati yang anda memiliki. Hati yang teguh pada masa yang sama diisi dengan ilmu agama & dilmu dunia mampu menggugat hati-hati yang berhasad dengki :)


Dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini, haruslah kita berterima kasih kepada mereka-mereka yang mengecilkan kebolehan kita kerana mereka-mereka inilah kita menjadi kuat & tabah dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan ini.





p/s: kamu tidak akan mampu merayakan kemenangan sekiranya kamu tidak mampu menerima kekalahan.

Antara cita-cita dan kerjaya???? which one?

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Untuk entri kali ni, nak share ngn korang semua isu antara cita-cita dan kerjaya. Selalunya, bila orang tanya pasal cita-cita, otak kita automatik akan sebut kerjaya. am i right?
 
Dulu masa sekolah rendah, bila cikgu tanya "Raidah, apa cita-cita anda?" Mula la saya akan menjawab nak jadi doktor, jururawat dan cikgu. cikgu akan menjawab "bagus3x" 
 
tu time skola rendah, bila kat skola menengah, cita-cita da berubah ke arah "impressed" orang hihihi cita-cita saya nak jadi ahli CSI (gara2 tgk drama CSI kat channel 5) tu yang amik aliran sains masa form 4. then bertukar selera nak jadi pakar bahasa, kononn2nya nak jadi Nik Safiah Karim "junior"......but now?????? only i know what i want to be in next 5 years hihihihi
 
but then when i got offer to further study in university, the course was offered is "Anthropology & Sociology" what is that??? huhuhuhu
 
Punya la semalaman wat research pasal course ni gara2 xde geng yang tau pasal course ni..xbanyak maklumat pasal course ni di Malaysia sbb course ni xpopular tp my mum encourage me to further study as it is her dream to see her daughter wearing convocation's hat huhuhuhu dan akhirnya saya telah terjerumus dalam bidang ANSOS dan amat sukakanya :)) dan i will never regret for what i had choose and what i had been go through.only ANSOS student will know. kalau bukan kerana "ANSOS" i will never learn & know how to react when you facing special person, different culture & etc....di "ANSOS" jugalah saya belajar to accept differential, respect differential & no bias on certain issue.


back to our topic for today, saya rumuskan : kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh sekeliling adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.

ok thats it..so korang pulak macamana?

Wednesday, 1 February 2012

Pengumuman!!!!! Pertukaran Blog Baru

Assalamualaikum kepada kawan-kawan yang beragama Islam................
Salam sejahtera kepada kawan-kawan yang bukan beragama Islam.................
Maka dengan ini secara  rasminya blog saya telah bertukar dari raidahabdrahman.blogspot.com kepada raidahdankehidupan.blogspot.com.
Pertukaran blog baru adalah disebabkan kerana saya langsung tak ingat password saya huhuhuhu (gara-gara saya tertinggal diary saya di Penang)
insyaAllah.....  dengan penggunan nama baru yang diberi "raidahdankehidupan" saya akan  berkongsi idea, pengalaman & diskusi di antara saya dan rakan-rakan dan diharapkan dapat   memberi idea & pandangan membina ke blos saya ini. 

terima kasih , 谢谢, Syukran jazilan  

p/s: mula-mula je formal pastu akan lintang-pukang hihihihi penulisan saya adalah hak saya :))