Thursday, 2 February 2012

Kekuatan Hati :))


Dalam kehidupan kita yang singkat ini, semakin kita mampu memahami kehendak naluri hati diri sendiri semakin kita mampu memahami apa yang boleh kita berikan kepada orang lain. Ini kerana kehidupan kita bukan semata-mata untuk menyenangkan hati diri sendiri sebaliknya kena tahu dan faham apa yang perlu dilakukan agar dapat menyenangkan hati orang disekeliling kita dan pada masa yang sama masih teguh berlandaskan syariatNya :))

Jangan dek kerana kata-kata orang, kita tidak mampu berdiri di atas keupayaan sendiri dan menurut sahaja kehendak orang semata-mata ingin menjaga hati orang lain sedangkan hati kita sendiri memberontak ingin melarikan diri. 

Menjadi diri sendiri adalah lebih susah daripada menjadi orang yang dibentuk berdasarkan pandangan & pendirian orang lain. Setiap orang mempunyai kekuatan hati yang berbeza-beza. Haruslah diri sendir kenal & pasti dengan hati yang anda memiliki. Hati yang teguh pada masa yang sama diisi dengan ilmu agama & dilmu dunia mampu menggugat hati-hati yang berhasad dengki :)


Dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini, haruslah kita berterima kasih kepada mereka-mereka yang mengecilkan kebolehan kita kerana mereka-mereka inilah kita menjadi kuat & tabah dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan ini.





p/s: kamu tidak akan mampu merayakan kemenangan sekiranya kamu tidak mampu menerima kekalahan.

No comments:

Post a Comment